Bismillahirrahmanirrahim...
Ana ingin kongsikan stu video yang mungkin anda pernah tengok dan mungkin ada yang tak pernah tengok lagi....
Lihatlah dengan mata hatimu...
Mungkin kite sendiri boleh evaluated kn drpd ape yg kte da tgok 2...
Pertama-tamanya ana ingin mengingatkan diri ana dan juga anda,INSYALLAH...
Bagaimana Umat ISLAM pada zaman ni...
Tidak guna kalo kte hanya pandai bercakap,mengutuk atau menghina mereka sedangkan kite tidak pernah mendekati mereka dan membimbing mereka kepada ISLAM...
Kasihanilah mereka kerana mereka tidak faham apa itu ISLAM dan kitalah yang perlu membimbing mereka mengenal ALLAH...
"Aku bukan budak sekolah agama"
"Aku bukanya budak tudung labuh"
"Aku bukanye budak Fakulti Pengajian Islam"
"Aku bukanya Ustaz"
"Aku bukanya Ustazah"
"Rase cm xlayak je aku ni nk tegur mereka"
"Nasib baiklah dia tu bukan adik2 aku"
"Lantaklah dorang tu,memalukan orang Islam betul"
Ini adlah contoh2 alasan yang kte selalu bagi...
Apa yang ana nk tekankan "Nothings is perfect in this world"
Sebab kesempurnaan itu hanyalah milik ALLAH...
Ingatlah bahawa kita Umat Islam adalah KHALIFAH di muka bumi ini...
Dan tugas KHALIFAH itu ialah memimpin...
Dan sebelum kte ingin memimpin orang lain,pimpinlah diri kita dahulu...
Penuhkan ilmu di dada dan mantapkan IMAN...
Kerana kita nk menyelamatkan Umat Islam...
KITA ADALAH PENYELAMAT UMAT ISLAM
Akhirul kalam dari ana...
Post ini adlah untuk mengingatkan diri ana yang pertama-tamanya...
asif jiddan jika terdapat sebarang kata2 yang mengguris hati atau perasaan..
Wednesday, July 7, 2010
DI MANA AKU...?
Posted by pengemis cinta illahi at 4:53 PM 0 comments
KETAHUILAH WAHAI HAMBA ALLAH
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Kutitipkan coretan ini buat insan-insan yang ku sayangi…
Ketahuilah bahawa kau punya ALLAH dan DIA adalah PENCIPTAMU
“Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya(dengan perintah dan larangan),kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” [76:2]
“Dialah Allah,tidak ada Tuhan selain Dia.Mengetahui yang ghaib dan yang nyata.Dialah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang”[59:22]
Ketahuilah bahawa kau punya ALLAH yang sentiasa mendengar rintihan hatimu dan penyelesai segala masalahmu…
“Dan Tuhanmu berfirman,”Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu…”[40:60]
Ketahuilah bahawa telalu banyak NIKMAT yang telah ALLAH berikan kepadamu…
“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNYA.Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya….”[14:34]
Ketahuilah bahawa ALLAH telah membekalkanmu dengan AL-QURAN sebagai panduan hidupmu hingga ke akhir hayat…Maka kau genggamlah KALIMAH ALLAH itu dan jangan pernah kau meninggalkan AL-QURAN…
“Sungguh,Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan,bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar”[17:9]
Ketahuilah bahawa nikmat ISLAM yang kau kecapi salama ini adalah ANUGERAH ALLAH yang paling bernilai…
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam….”[3:19]
Ketahuilah bahawa nikmat ISLAM yang kau kecapi selama ini adalah dari hasil perjuangan RASULULLAH dan PARA SAHABAT…
“….Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu,dan telah Aku cukupkan nikmatKU bagimu, dan telah Aku ridai ISLAM sabagai agamamu….”[5:3]
Ketahuilah bahawa RASULULLAH dan PARA SAHABAT telah berjuang bermati-matian untuk mempertahankan agama ISLAM yang agung ini…
Ketahuilah bahawa setiap titisan darah dan air mata RASULULLAH dan PARA SAHABAT adalah pengorbanan mereka supaya kau dapat mengecapi nikmat ISLAM yang agung ini…
Sabda Rasulullah SAW….
“Jika engkau merasa hairan dan terkejut melihat penyiksaan dan penganiayaan yang dialami oleh orang-orang yang berjihad di jalan ALLAH,ketahuilah bahawa itu adalah jalan yang seharusnya ditempuh.Itu adalah sunnatullah yang berlaku kepada semua hambaNYA yang beriman.Di antara orang-orang sebelum kamu dahulu ada yang disiksa dengan di tanam hidup-hidup,ada yang dibelah kepalanya menjadi dua,dan ada pula yang disisir rambutnya dengan sisir besi hingga kulit kepalanya terkelupas.Akan tetapi,siksaan-siksaan itu tidak menggoyahkan tekad mereka untuk tetap mempertahanklan agama.Adalah keliru jika engkau mengira bahawa penganiayaan dan penyiksaan itu akan menimbulkan keputusan dan penisme,tetapi sebaliknya,justeru manjadi petanda akan dekatnya kemenangan.Demi ALLAH,ALLAH pasti akan memenangkan agama ini sehinnga orang berani berjalan dari Shan’a ke Hadhramaut tanpa rasa takut kepada siapa pun juga selain ALLAH dan hanya takut kambingnya disergap serigala.”
[Diriwayatkan Imam Bukhari dari Khabbab Ibnul Arit]
Ketahuilah bahawa PENCIPTAANmu di dunia ini bukanlah sesuatu yang sia-sia…
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu” [51:56]
Ketahuilah bahawa kau punya TANGGUNGJAWAB besar yang telah diamanahkan kepadamu di atas muka bumi ini…
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi……. ‘[2:30]
Ketahuilah bahawa setiap perbuatan baik dan burukmu akan di hisab di HARI PERHITUNGAN kelak…
“(Ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan kamu pada hari berhimpun,itulah hari pengungkapan kesalahan-kesalahan…..”[64:9]
Ketahuilah bahawa kehidupan di DUNIA ini adalah sementara dan AKHIRAT jualah kehidupan yang kekal abadi…
“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,sekiranya mereka mengetahui”[29:64]
Ketahuilah bahawa SYURGA itu hanya didiami oleh orang-orang yang HEBAT amalanya…
“Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang BERIMAN kepada Allah dan rasul-rasulNya.Itulah kurnia Allah,yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki.Dan Allah mempunyai karunia yang besar”[57:21]
Ketahuilah bahawa aku adalah HAMBA ALLAH yang HINA sepertimu tetapi aku telahmenjadi orang yang dipilh oleh ALLAH untuk mengecapi HIDAYAHNYA…ALHAMDULILLAH…
Ketahuilah bahawa aku juga ingin dirimu merasai nikmat HIDAYAH dari ALLAH…
Ketahuilah bahawa HIDAYAH ITU MILIK ALLAH….
“Sungguh,engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kasihi,tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki,dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”[28:56]
Semoga dirimu dan diriku akan menjadi orang yang dipilh oleh ALLAH untuk menerima HIDAYAHNYA…
Titipan terakhir untukmu dan untuk diriku…
Masih belum terlambat untuk bertaubat dan memohon keampunan dari ALLAH atas setiap dosa yang telah kita lakukan….
Sesungguhnya,pintu taubat ALLAH sangat luas….
Posted by pengemis cinta illahi at 12:36 AM 2 comments