BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara dan akhirat jualah kehidupan yang kekal abadi...

KALIMAH CINTA ILLAHI


Sunday, June 27, 2010

MUSLIMAH SEJATI



Seorang muslimah sejati...

Bukanlah dilihat dari kecantikan atau keayaun wajahnya,

Tapi dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya...

Bukanlah dilihat dari seberapa banyak kebaikan yang diberinya,

Tapi dilihat dari keikhlasanya memberikan kebaikan itu...

Bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,

Tapi dilihat dari apa yang sering dibicarakan mulutnya...

Bukanlah dilihat dari keberaniaannya berpakain grand,

Tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatanya

melalui apa yang dipakainya...

Bukanlah dilihat dari seberapa banyak atau ujian yang dihadapinya,

Tapi dilihat dari sejauh mana ujian itu dihadapi dengan redha dan rasa keHAMBAan..

Bukanlah dilihat dari mesranya dalam bergaul,

Tapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul...



SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Friday, June 25, 2010

SECEBIS CORETAN


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Alhamdulillah,Allah masih memberikan peluang kepada ana untuk mencoretkan sesuatu di blog ni.Macam yg ana bgtau sblm ni,ana agk malas nk mengupdate blog dan skarang ni dah terbukti..huhu..Nak kate xde idea,ade la gak ckit2 cume kate2 yg xterluah..(alasan je)hehe…
Em,mgkn selepas dah berhalaqah semula baru ade perkongsian yg lbh menarik,INSYAALLAH…
Terasa terlalu rindu untuk berhalaqah semula,mencari kembali roh tarbiyah yg dah lame xdisirami dgn kata2 nasihat dari seseorang teman bernama sahabat…Rindu untuk bertemu dgn semua akhwat,anak2 H,coursemate dan boleh dikatakan spe je yg ana kenal d UKM tu…hehe..
Secara jujurnya,mmg ana akui duduk bercuti d rumah byk dugaan dan cabarannya berbanding ketika berada di IPT.Macam kakak ana cakap,”Iman kte yg sebenarnya adalh ketika berada di rumah”…
Mne tidaknye,dgn tv,melayan kerenah adik2 dan mse pun cm membazir begitu je…(boleh je nk mujahadah cume tergantung pada diri sejauh mana tahap mujahadahnye)…
Tak sabar rsenye nak balik ke UKM,nk study MICROB…(hehe)..
InsyaAllah,tahun 2 perlu lagi bersemangat dalam 2 aspek (STUDY dan DAKWAH)..”Dakwah no1 tapi study bukan no2..”(peringatan pd diri terutamanya)
Untuk [pAmproduksi_HP!] tahun 2 perlu lebih baik k…kte akan mendapat adik2 bru dan pastikan kte boleh dijadikan sbg ‘role model’ kpd mereka…INSYAALLAH
Akhirul kalam,see u all in the next sem k…[pAmproduksi_HP!]

WARKAH CINTA DARI...

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah,ana diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk mencoretkan sesuatu pd post kali ini.
WARKAH CINTA DARI….
Pernahkah anda mendapat msj atau surat cinta dari si dia yg tersayang…?
Mungkin ada yang menjawab YA dan mungkin ada juga yg menjawab TIDAK….Tapi pada hakikatnya,setiap dari kita yg bergelar ISLAM telah lama mendapat WARKAH CINTA itu…
Mungkin ana boleh analogikan seperti ini…
Seorang gadis mendapat surat cinta daripada kekasihnya dan die berasa sgt seronok xterkata dan xterluah kerana seronoknya…Setiap detik dan setiap saat die akan menatap surat cinta itu tanpa jemu…kalo nk diibaratkan setiap bait kata2 yg tertulis dlm surat tersebut disimpan dlm lubuk hati yg paling dalam(hehe,poyo tol ayat…)
Bagi gadis tersebut,surat cinta itulah pengubat rindunya terhadap kekasih pujaan itu.Kerana baginya,hny kekasihnya tmpt untuk die mengadu dan mengharap kasih…

Apa yg ana nk fokuskan disini ialah,sedarkah kte bahawa setiap drpd kte sudahpun mndpt WARKAH CINTA itu….
WARKAH CINTA DARI ILLAHI….
Mungkin ADA YG SEDAR,mungkin ada yg TAK SEDAR dan mungkin juga yg BUAT-BUAT TAK SEDAR…Segalanya tergantung kepada individu itu sendiri…
WARKAH CINTA DARI ILLAHI itu adalah AL-QURAN yg mana merupakan panduan dan petunjuk bg setiap insan yg bergelar ISLAM(iaitu mereka2 yg mengucapkan kalimah ‘TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH)
AL-QURAN adlh kata2 ALLAH YANG MAHAKUASA dan yg memiliki sifat2 SEMPURNA.Sekiranya kte berasa sgt seronok mndpt surat cinta drpd manusia yg lemah,bagaiman pula dgn WARKAH CINTA ILLAHI ini…?Adkah hny merasakan perkara itu biasa2 shj…?Cuba kte evaluated dri kte sndri…
Ana sbg insan yg lemah cube utk berkongsi sdkt sebanyak yg ana dpt,INSYAALLAH….
“Umat ISLAM rosak akhlaknya kerana kte jauh dari AL-QURAN…Jangan pernah meninggalkan AL-QURAN kerana ia adlah pnduan hidup kte untuk mencapai MARDOTILLAH”
Di zaman para sahabat RASULULLAH saw,mereka membaca AL-QURAN bukan semata-mata untuk menenangkan hati atau mengisi masa lapang tetapi para sahabat membca AL-QURAN kerana mereka ingin tahu apa yg ALLAH suruh mereka lakukan…
Kte juga mahu seperti itu,mncontohi para sahabat RASULULAH saw.
INSYAALLAH,ana mmberi peringatan utk diri ana terutamanya supaya kte sme2 dpt melakukan penghijrahan pada diri kpd yg lebih baik…
“CARILAH CINTA ALLAH KERANA ITU ADALAH CINTA ABADI”

Tuesday, June 15, 2010

~REFORMASI HATI~



Disinilah segalanya bermula..
Dari seorang yang tidak bererti..
Menjadi tahu tentang erti hidup..
Dan cuba memberi erti hidup kepada orang lain..
Itulah ERTI HIDUP PADA MEMBERI..
Bukan pangkat yang dinilai ALLAH…
Bukan kerana jemaah kita mulia..
Bukan kerana kita yang dipilih untuk buat kerja dakwah ini mulia
Dan dijamin untuk masuk syurga…
Tapi kita cuba menjadi orang yang berguna kepada ISLAM..
ISLAM,IMAN dan TAKWA…
Yang menjadikan hidup manusia mulia dengan izin dariNYA..
Di samping DAKWAH yang menjadi platform…
Buat bekalan menimba air dari perigi dunia..
Untuk menyimbah tanaman akhirat..
TERIMA KASIH ALLAH ATAS UKHUWWAH INI….
SAYANG ANTUNNA FILLAH ABADAN ABADA….

Thursday, June 3, 2010

INILAH JALANKU


Jalan dakwah ini benar-benar berbeza.

Aku teliti jalan ini, sejak ia mula dilalui oleh golongan-golongan terdahulu, sehinggalah jalan yang sama dilalui kita hari ini, aku melihat terlalu banyak perubahan yang besar, pengorbanan yang benar dan kesakitan yang sukar.

Di jalan inilah aku melihat, orang-orang sakit masih bangun menggagahi langkahnya ke medan dakwah dan tarbiyyah, masih bisa berkata-kata untuk mengisi jiwa-jiwa pemuda, masih bisa mengembara menyampaikan kebenaran.

Di jalan inilah aku melihat, orang-orang muda melepaskan keinginan dirinya semata-mata kerana agamanya, sekalipun tiada halangan untuk dia memilih kehendak diri, orang-orang muda yang berhempas pulas tenaganya, masanya, wangnya, seluruhnya dicurah ke jalan dakwah, orang-orang muda yang kurang sekali hiburannya padahal tiada halangan andai dia mahu memilihnya.

Di jalan inilah aku melihat, orang-orang tua yang masih kuat dan bertenaga, terus maju melangkah gagah, sekalipun jasad sudah tidak terlalu mengizinkan, tetap dia terus bekerja, demi melihat generasinya kembali ke jalan Allah, orang-orang tua yang tiada henti mendidik, tidak terhalang dia oleh apa-apa, siang malam, harta dan keluarga, semuanya diserahkan kepada Allah.

Di jalan inilah aku melihat, wanita-wanita yang bangun merubah dunia, wanita-wanita yang berdikari dan sedia berani, sekalipun tiada siapa menemani, tetap dia terus melangkah ke segenap penjuru alam, demi menyemai benih-benih Islam, sekalipun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta, terpaksa berseorangan menongkah hidupnya, tetap bangkit bersemangat waja.

Di jalan inilah aku melihat, lelaki-lelaki segagah singa di siang harinya tetapi lemah lututnya di hadapan Allah, bagai rahib di malam harinya. Aku melihat lelaki-lelaki yang menitiskan air mata, kerana menangisi umat yang lemah, menangisi dosa dan kelemahan diri, menahan dugaan yang kian mendatangi. Aku melihat lelaki-lelaki yang benar-benar menguasai diri, menahan keinginan yang sebelum ini benar-benar menguasai hati, membersihkan jiwa yang sudah sedia suci.

Aku kagum. Benar-benar kagum.
Inilah jalan tarbiyyah. Jalan yang menyaksikan benar-benar banyak perubahan. Jalan yang menyaksikan seribu satu kesukaran, jalan panjang yang tidak akan berkesudahan sehinggalah diseru ke hari pembalasan.

Inilah jalan tarbiyyah, yang menemukan aku dengan seribu satu manusia, yang kental hatinya, cekal jiwanya, tidak pernah gentar kepada sesiapa pun, hanya nama Allah yang menggetarkan jiwanya.

Inilah jalan tarbiyyah, yang menemukan aku dengan kamu dan kamu dengan aku, yang mempersaudarakan kita yang sebelum ini tiada pernah bertegur sapa, yang mengikat hati-hati yang sebelum ini tidak pernah mengenali.

Inilah jalan tarbiyyah.
Inilah jalanku.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tancapkanlah hati kami di atas jalan ini.